Wednesday, April 13, 2011

Proton Satria Neo Supercharged

Proton Motorsports, sekali lagi tampil dengan projek terbaru selepas versi Proton R3 Satria Neo berjaya dilancarkan dengan jayanya. Sekarang sempena sukan permotoran Formula 1 yang bakal diadakan di Sepang pada 8-10 April, sebagai penghargaan (tribute) kepada pasukan Lotus Renault GP yang membawa jenama Group Lotus dan Proton, sebuah lagi versi edisi khas Satria Neo R3 iaitu Proton Satria NeoSupercharged.

trans (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault
Proton Satria Neo R3 Supercharged 2 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault 
Kali ianya lebih berkuasa dengan penggunaan unit supercharger di bahagian enjin, meningkatkan kuasa kuda kepada angka 175hp dan 200Nm, lebih berkuasa dari versi Satria Neo R3 Lotus Racing.

Proton Satria Neo R3 Supercharged 3 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault 

Mengikut maklumat dari sumber asal, unit supercharger itu dibekalkan oleh sebuah syarikat dari Australia bernama Sprintex, di mana supercharger itu dikatakan mampu meningkatkan kuasa kuda dan tork enjin CamPro, sesuai jika digunakan terhadap model Proton seperti Proton Exora. Jika benar, mungkin pemilik Exora mendapat idea bagaimana cara untuk meningkatkan prestasi MPV mereka itu yang agak kurang berkuasa.

Proton Satria Neo R3 Supercharged 4 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault 

Satu lagi antara yang menarik perhatian ramai ialah penggunaan corak yang sama pada jentera F1 Lotus Renault GP, seperti penggunaan warna hitam sebagai latar belakang dan garisan berwarna perak, kelihatan sporty dan memberikan kesan eksklusif sebagai makluman bahawa ini merupakan Satria Neo R3 versi Lotus Renault GP.

Proton Satria Neo R3 Supercharged 5 (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault 
Tidak pula diketahui samada edisi ini akan dijual atau hanya sempena Perlumbaan F1 yang akan berlangsung nanti.Sebelum lebih banyak maklumat berkenaan model ini didedahkan secara rasmi atau pun tidak, anda boleh saksikan dahulu gambar-gambar untuk melihat kehebatan jentera yang mendapat inspirasi dari pasukan Lotus Renault GP ini.

Lihat gambar yang selanjutnya..


















Dipetik daripada http://beritasemasa.com/gambar-proton-satria-neo-supercharged-edisi-penghargaan-lotus-renault


4 comments: