Tuesday, May 17, 2011

Transformer 3 - Dark of The Moon

Transformers 3 Dark of The Moon adalah sebuah filem sambungan daripada Transformers 2 Revenge of The Fallen yang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat filem Holywood. Difahamkan, filem Transformers 3 bakal ditayangkan kepada umum mulai 1 Julai 2011 nanti.
Sekali lagi Michael Bay memikul tugas selaku pengarah filem Transformers 3 yang sudah memulakan penggambaran sejak tahun lalu. Watak pelakon utama pula masih mengekalkan Shia LaBeouf sebagai Sam Witwicky tapi watak yang dipegang oleh Megan Fox dalam Transformers 2 diganti oleh Rosie Huntington-Whiteley sebagai Carly.





Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime sekali lagi kembali untuk menentang musuh utama beliau iaitu Decepticons. Selepas kekalahan Decepticons pada 2009 iaitu dalam Transformers 2 Revenge of The Fallen, mereka datang untuk menuntut bela daripada Autobots. Dalam filem terbaru Transformers 3 Dak of The Moon, Autobots dan Decepticons telah terlibat dengan pergelutan di ruang angkasa yang sangat berbahaya melibatkan U.S dan Russia. Sekali lagi khidmat Sam Witwicky dan kawan robot beliau diperlukan untuk menyelesaikan pergelutan tersebut. Dalam Transformers 3, terdapat beberapa karakter baru termasuk karakter jahat dalam bentuk Shockwave (gelombang maybe). Karakter tersebut sudah lama digunakan dalam Transformers dimana ia merupakan pemimpin Cybertron apabila Autobots melawan Decepticons di angkasa.
Lihat sedutan cerita dibawah:-













8 comments:

  1. Hello! beautiful day, a happy weekend I wish to you friend :)
    http://joli.extra.hu/

    ReplyDelete
  2. hari tu tengok green lantern ader promo pasal cerita ni..mmg menarik,xsabar nak pg tengok

    ReplyDelete
  3. sudah mira download kelmarin , hihi , tapi belum tgk lagi :) heee

    ReplyDelete
  4. arghh! elie nak tgk, tapi tak dapat2 lagi!!
    T__T

    ReplyDelete
  5. thank... saya tunggu posting za lagi

    ReplyDelete