Friday, November 18, 2011

[New Movie] - Mission Impossible 4 (Ghost Protocol)




Bagi penggemar Tom Cruise pastinya sudah tak sabar menanti aksi berikutnya dari suami Katie Holmes ini. Untuk film Mission Impossible 4 terbaru Tom Cruise akan melakukan beberapa adegan berbahaya tanpa bantuan stuntman. MI4 bertajuk “Ghost Protocol” ini akan menampilkan adegan Ethan Hunt meluncur dari gedung tinggi, berendam di sungai yang bersuhu -1′C dan tergantung ala spider-man di tempat tertinggi di Dubai. Hal seperti ini bukan pertama kali bagi Tom Cruise. Pada cerita MI2 pun ia melakukan sendiri adegan panjat  tanpa alat-alat kelengkapan.

Dalam Mission: Impossible Ghost Protocol kali ini Tom Cruise akan berpartner dengan Jeremy Renner. Walaupun film ini akan keluar pada akhir tahun ini, namun sudah ramai penggemar aksi Tom Cruise tidak sabar untuk menantikan filem ini di pawagam. Berikut beberapa gambar adegan dalam film MI4.



Tuesday, November 8, 2011

Movie - Alamak Toyol!

Trailer Alamak Toyol



Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.

Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

Movie - Sector 7

SECTOR 7
Klasifikasi: PG13
Genre: Seram / Misteri
Tarikh Tayangan: 20 Oktober 2011
Pengedar: RAM ENTERTAINMENT
Pengarah: Kim Ji-Hun
Pelakon: Ha Ji-won, Ahn Sung-Ki, Oh Ji-Ho, Lee Han-Wi, Park Cheol-Min, Cha Ye-Ryeon

SINOPSIS FILEM SECTOR 7

"Sector 7" mengisahkan Hae Jun yang bekerja sebagai pengurus peralatan Marin di sebuah kapal minyak lama. Pada suatu hari seorang pekerja baru ditemui lemas di dasar laut. Bukti menunjukkan yang ianya bukan kemalangan lebih-lebih lagi satu demi satu kru kapal tersebut mati secara misteri.

Beberapa kru kapal yang terselamat akhirnya menemui kelibat hidupan air yang membuas ganas, meneruskan hidup dengan memburu manusianya. Hae Jun dan kru kapal yang terselamat harus berdepan dan menghapuskan makhluk tersebut dari teruu membuas sebelum dia dan yang lain turut jadi mangsa, lenyap dari bumi ini.

Filem yang paling dinanti nanti oleh peminat filem dan drama korea.. filem yang dijangkakan filem korea paling terlaris tahun 2011

Gerai terbaik..

Pertandingan buka buah kelapa

Ya tuan puan sekalian.. Sekarang adalah masa yang kita nanti-nantikan. Pertandingan akhir perlawanan buka buah kelapa. Yeaayy....

Disebelah kiri gelanggang, pesertanya adalah Hawaiiiii... Tepuk tepuk tepuk. Dan di sebelah kanan pula, pesertanya adalah Trinidaddddd... Tepuk tepuk tepuk. Okey. Perlawanan bermula. 1.. 2.. 3.. Lawan