Tuesday, May 17, 2011

Transformer 3 - Dark of The Moon

Transformers 3 Dark of The Moon adalah sebuah filem sambungan daripada Transformers 2 Revenge of The Fallen yang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat filem Holywood. Difahamkan, filem Transformers 3 bakal ditayangkan kepada umum mulai 1 Julai 2011 nanti.
Sekali lagi Michael Bay memikul tugas selaku pengarah filem Transformers 3 yang sudah memulakan penggambaran sejak tahun lalu. Watak pelakon utama pula masih mengekalkan Shia LaBeouf sebagai Sam Witwicky tapi watak yang dipegang oleh Megan Fox dalam Transformers 2 diganti oleh Rosie Huntington-Whiteley sebagai Carly.





Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime sekali lagi kembali untuk menentang musuh utama beliau iaitu Decepticons. Selepas kekalahan Decepticons pada 2009 iaitu dalam Transformers 2 Revenge of The Fallen, mereka datang untuk menuntut bela daripada Autobots. Dalam filem terbaru Transformers 3 Dak of The Moon, Autobots dan Decepticons telah terlibat dengan pergelutan di ruang angkasa yang sangat berbahaya melibatkan U.S dan Russia. Sekali lagi khidmat Sam Witwicky dan kawan robot beliau diperlukan untuk menyelesaikan pergelutan tersebut. Dalam Transformers 3, terdapat beberapa karakter baru termasuk karakter jahat dalam bentuk Shockwave (gelombang maybe). Karakter tersebut sudah lama digunakan dalam Transformers dimana ia merupakan pemimpin Cybertron apabila Autobots melawan Decepticons di angkasa.
Lihat sedutan cerita dibawah:-













Thursday, May 12, 2011

Kongsi Movie!


Sebuah Filem Aksi Komedi Farid Kamil Terbitan Metrowealth (MIG)

Lu Langsi Lu Mati”. Itulah tagline yang digunakan dalam filem aksi komedi terbaru arahan Farid Kamil yang bakal menemui penonton pada hari ini, 12 May 2011. Mesti anda tak sabar nak tengok movie ni kan?




Serba sedikit cerita Kongsi..
Ia mengisahkan penyiasatan ASP Shariff lakonan Fizo Omar terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.
Kumpulan kongsi gelap terdiri dari pelbagai bangsa ini menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.
Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap berkenaan.
Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.
Namun, segala ancaman yang dilakukan Tumulak didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Tumulak juga mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff.
ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya dalam menjalankan tugas. Adakah Tumulak berjaya membalas dendam terhadap ASP Shariff? Apakah aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur semakin pulih atau sebaliknya? Lihat la trailer cerita KONGSI dibawah dan melihatnya sendiri dipawagan yang terdakat bermula pada hari ini..

Antara pelakon yang membintangi filem tentang pergaduhan membabitkan kumpulan-kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India itu ialah Shaheizy Sam, Fizo Omar, Norliana Samsudin, Azad Jazmin, Putri Mardiana dan Fida Ibrahim.


Monday, May 9, 2011

Fast Furious 5

Hai Everybody,

Dah tengok ker movie Fast Furious 5? 


Saya baru tengok movie ni petang semalam..

 
Movie ini dalam kategori 18 dan oleh itu anak-anak tidak boleh di bawa masuk sekali, so maknenye yang mane bwk anak² kena la tinggalkan di luar or jgn bwk sekali.. :)


Fast 5 memang movie yang sangat menarik dan sangat² meletop melebihi dari kehebatan siri-siri sebelum ini. Bukan sahaja jalan cerita tetapi juga aksi yang diketengahkan dengan pelakon² yang cukup hebat..!







Saya ceritakan serba sedikit tentang cerita ini,

Ia adalah sambungan kepada siri sebelum ini yang mana selepas Dom diselamatkan daripada kena penjara dan mereka telah lari ke Rio. Mereka yang terlibat ialah Brian dan Mia. Semasa di Rio, mereka telah terlibat dengan kumpulan yang paling berkuasa di Rio setelah menjalankan aktiviti merompak kereta. Sejak itu, mereka menjadi buruan utama geng Reyes dan juga FBI diketuai oleh The Rock.

















Setelah mendapat maklumat dari cips kereta yang dirompak, mereka mendapat rancangan untuk merompak wang milik Reyes yang berjumlah ratusan juta. Sejak itu mereka mula memanggil semua rakan-rakan sebelum ini yang terlibat dalam siri-siri sebelum ini.

Adakah rancangan mereka berjaya? Adakah The Rock berjaya menangkap mereka?














haaaa... tengok la apa lagi di panggung wayang or tunggu sampai CDnya keluar.. :) rugi tak tengok.. mesti tengok.. dan jangan lupa .. jangan bawak anak².. dah tentu tak boleh bawak masuk sekali.. :p

Sekian...

Friday, May 6, 2011

Cuci Mata sikit..

Bolehkah anda cuba meneka di setiap gambar berikut, yang manakah anggota pasangan berikut adalah seorang gadis dan yang seorang lagi adalah bukan gadis? Perhatikan dengan teliti, kemudian anda  buat pemilihan yang manakah salah yang betul yang kiri ataupun kanan. Cuma teka sahaja ya.. jangan main tembak saja..
Jawapan yang benar berada di bawah gambar.
  

 
2

3

4

5
 
 















































Jawapan:-

Maaf anda salah tembak.. Sebenarnya semua gambar ini adalah bukan gadis. Gambar ini telah diambil pada penganjuran sebuah pertandingan kecantikan bagi bukan gadis di salah sebuah negara. 

Anda semua sudah terkena.. Cayokk!! 
Jangan lupa clik iklan saya ketika anda tengah marah!! :)


Keputusan kemasukan ke UPU dibuka sekarang!! SPM Sesi 2011/2012

Keputusan bagi kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM/Setaraf bagi sesi 2011/2012 telah dibuka secara online.

Sila ke laman web berikut untuk menyemak keputusan ke IPTA anda.

http://upu.mohe.gov.my/















Jika ada permohonan anda ke IPTA tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan di e-rayuan secara online di laman web berikut:-

https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/spm/rayuan.html














Semakan menggunakan pesanan ringkas SMS juga boleh dibuat melalui SMS berikut:-

Taip UPU RESULT [NO. KP] dan SMS ke 15888 
Contoh:  UPU RESULT 930616076007